Persekitaran geografi dan sumber alam Kalimantan_Timur

Kalimantan Timur merupakan provinsi terluas di Indonesia, dengan luas wilayah lebih kurang 245.237,80 kmĀ² atau sekitar satu setengah kali besar keluasan Pulau Jawa dan Madura atau 11% dari jumlah keluasan keseluruhan wilayah Indonesia. Provinsi ini bersempadan secara langsung dengan negara tetangga, iaitu negeri Sabah dan Serawak, Malaysia Timur.[9]

Geografi

Limpahan spesies hidupan

Di kalimantan timur terdapat kira-kira 1000-189,000 jenis tumbuhan antara lain anggerek hitam yang harga per bunganya dapat mencapai Rp 100,000-500,000.

Sumber alam

Masalah utama sumber alam di sini adalah penebangan hutan secara haram yang memusnahkan ekosistem hutan hujan, selain itu Taman Nasional Kutai yang berada di Kab. Kutai Timur ini juga dirambah hutannya. Kurang dari setengah hutan hujan yang masih tinggal, seperti Taman Nasional Kayan Mentarang di bahagian utara provinsi ini. Pemerintah tempatan masih berusaha untuk menghentikan masalah ini dari terus menjadi-jadi.